MBPJ lanjut tempoh skim rebat cukai pemilik rumah mesra alam

MBPJ lanjut tempoh permohonan skim rebat cukai pemilik rumah mesra alam

mbpj
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melanjutkan Skim Rebat Cukai Taksiran Kepada Pemilik Rumah Mesra Alam Petaling Jaya yang telah pada 3 Jun lalu sehingga 30 September 2022.

Permohonan bagi skim ini boleh dibuat melalui Aplikasi MBPJ E-Rebat yang boleh di muat turun di Google Store atau Apple Store atau melalui Borang Permohonan yang boleh di dapati di laman sesawang MBPJ www.mbpj.gov.my.

Skim ini bertujuan mempromosikan gaya hidup penduduk yang mesra alam hijau ke arah menjadikan Petaling Jaya sebuah Bandaraya Hijau Berkarbon Rendah.

Rebat cukai taksiran ditawarkan kepada pemilik rumah yang telah mengambil inisiatif menjadikan bangunan kediaman mereka mesra alam hijau dari segi aspek tenaga, air, kepelbagaian biologi, pengurusan sisa buangan dan pengangkutan.

Rebat yang ditawarkan adalah maksima 100 peratus cukai taksiran tahunan ataupun RM500 mana yang lebih rendah.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Sekretariat Pasukan Petugas Low Carbon Green City of Petaling Jaya, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Tingkat 20, Menara MBPJ Jalan Tengah, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan ditalian 03-7954 1440 Faks 03-7954 1579 atau melalui emel [email protected], laman web www.mbpj.gov.my. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN