PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki dipercayai merosakkan Jalur Gemilang yang tular sejak semalam dalam sebuah video aplikasi TikTok.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi telah menerima satu laporan berkaitan seorang individu telah merosakkan Jalur Gemilang seperti dalam media sosial TikTok @iekakartka_.
“Siasatan awal mendapat kejadian berlaku berdekatan bangunan MITEC Jalan Ampang dekat sini kira-kira pukul 12.37 tengah hari, kelmarin.
“Susulan itu, kita telah menahan seprang lelaki berusia 41 tahun bagi membantu siasayan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, individu terbabit direman esok untuk siasatan lanjut.
Polis menasihatkan orang ramai agar menyalurkan maklumat ke atas sebarang aktiviti menyalahi undang-undang dengan menghubungi MERS 999 atau IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis. – UTUSAN