Lelaki pengsan masa daki Bukit Gunung - Utusan Malaysia

Lelaki pengsan masa daki Bukit Gunung

ANGGOTA Bomba berusaha membawa turun mangsa yang pengsan semasa mendaki di Bukit Gunung, Bachok, Kelantan hari ini. -IHSAN BOMBA BACHOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bachok menyelamatkan seorang lelaki yang dilaporkan pengsan ketika menjalankan aktiviti mendaki di Bukit Gunung di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 9. 50 pagi, mangsa yang berusia 39 tahun dari Kampung Seneng, Jelawat, di sini dipercayai sesak nafas sebelum pengsan.

Ketuanya, Penolong Penguasa Bomba Yus Heary Mahmud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9.54 pagi.

Menurutnya, sebuah jentera dan enam anggota yang diketuai komander operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Zamizi Muhammad telah di kerah ke lokasi untuk tindakan lanjut.

“Setibanya di lokasi kejadian, anggota bertugas terpaksa mendaki untuk naik menyelamatkan mangsa. Apabila sampai, kami mendapati mangsa berada dalam keadaan telentang dan tidak sedarkan diri.

“Pemeriksaan awal mendapati, mangsa masih bernafas. Anggota bertugas kemudian menggunakan peralatan khas termasuk pengusung untuk membawa turun mangsa dari ketinggian 100 meter,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Yus Heary memberitahu, pihaknya mengambil masa selama 20 minit untuk membawa turun mangsa sebelum diserahkan kepada serahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi rawatan lanjut. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya