Lelaki ditahan ugut bunuh isteri fail penceraian

Polis tahan lelaki ugut bunuh isteri fail penceraian

MOHAMAD FAROUK ESHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas dekat sini selepas mengugut bunuh isterinya kerana wanita itu memfailkan permohonan cerai terhadapnya.

Penahanan itu dilakukan kira-kira pukul 9 malam semalam selepas polis menerima laporan daripada wanita terbabit.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila wanita itu menerima panggilan daripada suaminya yang tidak berpuas hati dia memfailkan perceraian.

Kata beliau, suspek mengugut untuk memastikan mangsa mati dan cacat seumur hidup. 

“Ugutan itu menyebabkan mangsa takut dan membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Farouk berkata, semakan rekod lampau terhadap suspek mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah.

“Suspek hari ini dibawa ke Mahkamah Ampang bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN