LCS: Bersatu hantar memorandum kepada Agong, mohon tubuh RCI - Utusan Malaysia

 LCS: Bersatu hantar memorandum kepada Agong, mohon tubuh RCI

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung isu berkaitan projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS).

Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, kandungan utama memorandum adalah merayu limpah perkenan Seri Paduka Baginda agar sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat skandal projek berkenaan.

Justeru, beliau menjunjung kasih atas kesudian pihak Istana Negara menerima memorandum Bersatu, yang dikongsikan di laman Facebook. 

“Saya gembira kerana hari ini beberapa parti lain telah turut menyokong cadangan penubuhan RCI, setelah saya mula mencadangkannya beberapa hari lepas. 

“Saya harap semua parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) meneruskan usaha agar RCI tertubuh. Ini adalah isu yang merentas kepentingan parti,” katanya.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, beliau akan menyarankan kepada menteri-menteri Bersatu agar mencadangkan dan seterusnya menyokong penubuhan RCI itu dalam Kabinet.

“Kes LCS ini isu besar. Membabitkan satu projek mega yang telah dibayar, tetapi kapalnya tidak kelihatan. Jangan biarkan isu ini disapu ke bawah karpet.

“RCI ialah jalan terbaik kerana ia boleh menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan berwibawa,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya