PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad membuat laporan polis terhadap Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang didakwa memfitnahnya dalam isu berkaitan projek kapal tempur pesisir (LCS).
Laporan polis itu dibuat pegawai khasnya, Sayed Ahmad Muizzuddin Al Sayed Mohamad di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, dekat sini semalam.

Rafizi didakwa menyiarkan empat kenyataan dan tohmahan pada 22, 25, 26 dan 29 Ogos lalu di blog dan menyiarkan semula di Facebook (FB), Twitter serta Tiktok.
Dakwaan Rafizi itu menyatakan Abd. Latiff mempunyai isteri yang dikaitkan dengan kontrak projek LCS.
Dalam laporan itu, Sayed Ahmad Muizzuddin menyatakan walaupun Abd. Latiff sudah menafikan wanita itu bukan isterinya, Rafizi berterusan membuat fitnah terhadapnya. – UTUSAN