Laksana segera pelan jangka pendek selesai isu air di Temerloh

Laksana segera pelan jangka pendek selesai isu air di Temerloh

PENDUDUK terpaksa menadah air hujan ekoran gangguan bekalan air yang berlaku di Kampung Belengu di Temerloh, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Beberapa kawasan di daerah ini terutama di Belengu, Taman Saga, Taman Sri Layang,  bandar Lanchang dan Kampung Sempadan antara lokasi yang kerap kali mengalami gangguan bekalan air sehingga meresahkan penduduk.

Keadaan itu bertambah teruk apabila penduduk terlibat terpaksa berdepan gangguan bekalan air antara lima hari ke seminggu jika ia berlaku.

Gangguan bekalan air di kawasan terbabit bukan baharu dialami, sebaliknya berlarutan sejak sekian lama seperti tiada kesudahan.

Difahamkan, rungutan dan aduan banyak kali dibuat penduduk terlibat supaya isu itu segera diatasi dan tidak lagi membebankan mereka setiap kali  gangguan air berlaku.

Mengulas isu tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang,  Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin meminta kerajaan Pusat khususnya Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) segera melaksanakan pembinaan loji bekalan air baharu di Mempateh, Lanchang. 

Ini kerana, katanya, peruntukan sebanyak RM100 juta bagi membina loji itu telah pun diluluskan Perdana Menteri,  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 1 Januari lalu. 

“Jadi kita harap, pembinaan loji baharu ini segera dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di kawasan ini dalam jangka masa panjang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Beliau dalam pada itu berharap pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) mencari penyelesaian segera isu gangguan bekalan air yang sering berlaku di Belengu, Taman Saga, Taman Sri Layang,  bandar Lanchang dan Kampung Sempadan.

“Selain pelan jangka panjang seperti loji air baharu itu, kita juga harap pelan jangka pendek oleh pihak berwajib khususnya Paip bagi mengatasi isu tersebut. Adalah membebankan penduduk terlihat jika lima hari dan ada kawasan sehingga seminggu mengalami gangguan bekalan air. Ini pihak PAIP perlu cari penyelesaian segera,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya