Kerani dakwa kena cabul pegawai polis

Kerani dakwa kena cabul pegawai polis

AZIZI MAT ARIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang kerani sebuah bengkel membaiki kereta berdepan detik hitam selepas mendakwa kena cabul dengan lelaki dipercayai pegawai polis dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Sentosa dekat Kampar, Jumaat lalu.

Wanita berusia 23 tahun itu mendakwa suspek bertindak mencium dan meraba payudaranya ketika berada di rumah lelaki itu pada pukul 10.30 malam.

Menurut sumber, mangsa yang baharu mengenali lelaki itu melalui laman sosial Facebook telah berjumpa suspek bagi mendapatkan penjelasan bagaimana lelaki itu mengenalinya.

Katanya, lelaki itu kemudian mengajak mangsa menaiki keretanya dan dibawa ke rumah suspek di mana kejadian cabul itu berlaku.

“Mangsa berjaya menghalang perbuatan suspek dan dia telah dihantar pulang di tempat mereka berjumpa. Mangsa yang ketakutan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah.

“Mangsa mendakwa suspek kini mengganggunya dengan meminta dia menarik semula laporan polis yang dibuat,” ujar sumber itu kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan pihaknya telah mengenal pasti suspek yang terlibat.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul Kehormatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya