Keputusan STPM 2021 18 Ogos

Keputusan STPM 2021 18 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2021 akan dikeluarkan pada 18 Ogos ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan, calon sekolah boleh mendapatkan slip keputusan peperiksaan STPM di sekolah masing-masing mulai pukul 12.00 tengah hari pada Khamis depan.

Katanya, calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan STPM 2021 melalui kaedah sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan STPM 2021.

“Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 11.00 pagi pada tarikh itu sehingga pukul 12.00 tengah hari pada 28 Ogos (Ahad) dengan menaip STPM<jarak>No.K/P<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. 

“(Calon juga) boleh menggunakan kaedah secara dalam talian untuk dapatkan slip keputusan penuh STPM 2021 di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpm mulai pukul 12.00 tengah hari pada tarikh sama,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya