PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan menegaskan bahawa pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah muktamad meskipun ada desakan daripada ibu bapa dan sesetengah pihak yang mahukan peperiksaan itu dikembalikan. Timbalan Menterinya, Datuk Mohamad Alamin berkata, langkah tersebut juga demi memastikan fokus murid di peringkat sekolah rendah tidak terlalu berorientasikan peperiksaan. “Bahkan, sebelum dimansuhkan, pihak kementerian sudah pun memberi penjelasan berkali-kali kepada guru selain menerusi sesi libat urus dengan masyarakat,” katanya kepada pemberita…










