KDNK separuh kedua 2022 hingga 2023 dipacu perbelanjaan sektor swasta - Utusan Malaysia

KDNK separuh kedua 2022 hingga 2023 dipacu perbelanjaan sektor swasta

GABENOR Bank Negara, Tan Sri Nor Shamsiah Yunus bercakap pada sidang media mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) prestasi ekonomi suku kedua tahun 2022 di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur. FOTO/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pertumbuhan ekonomi pada separuh kedua tahun ini dan 2023 akan dipacu oleh perbelanjaan sektor swasta terutamanya sektor pelancongan yang kembali normal seperti sebelum Covid-19.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, pihaknya optimis  Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan berkembang antara 5.3 peratus hingga 6.3 peratus bagi keseluruhan 2022, setelah mengambil kira pertumbuhan global yang perlahan.

Katanya, aktiviti pelaburan akan menerima manfaat daripada projek-projek pelaburan beberapa tahun seperti MyDigital, Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3).

“Rantaian bekalan juga dijangka semakin mudah apabila gangguan berkaitan Covid-19 berkurangan dan perdagangan global yang perlahan mengurangkan beberapa tekanan pada masa hadapan.

“Ini akan mengimbangi jangkaan kesederhanaan dalam pertumbuhan global,” katanya pada sidang akhbar pengumuman KDNK suku kedua 2022 di Sasana Kijang, di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya