'Jangan provoke saya dengan soalan politik' - Mohamed Azmin - Utusan Malaysia

‘Jangan provoke saya dengan soalan politik’ – Mohamed Azmin

MOHAMED Azmin Ali dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa penyelarasan industri (JBI) di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: “Janganlah cuba untuk provoke saya dengan soalan-soalan politik,” demikian kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurutnya, sehingga kini fokusnya masih kepada usaha untuk pembangunan negara.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa penyelarasan industri (JBI) bersama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di sini hari ini.

Ketika ditanya adakah penganjuran mesyuarat itu mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), beliau berkata, mesyuarat tersebut sudah lama dirancang.

“Saya sudah bekerja selama dua tahun dan sehingga sekarang saya pun tak tahu bila pilihan raya umum dan jika dilihat, MB (Menteri Besar) Pahang, Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai-pegawai di kementerian (MITI), semuanya begitu komited dalam usaha memperkasakan ekonomi di negara ini.

“Kalau kita asyik berpolitik, yang menjadi mangsa adalah rakyat, yang akan dihukum ialah rakyat dan saya kira ini tidak adil untuk kita menghukum rakyat dalam situasi di mana mereka memerlukan sokongan dan bantuan daripada kerajaan.

“Maka, saya di MITI memang saya jarang bicara isu politik dan saya harap semua pun janganlah provoke saya dengan soalan-soalan politik,” katanya.

Semalam, Mohamed Azmin yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ketika ditemui selepas majlis kerjasama strategik anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Makanan di Serdang, Selangor enggan mengulas lanjut selepas ditanya berhubung isu tuntutan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan namanya sebagai calon tunggal bagi jawatan terbabit.

Sementara itu, mengulas tentang mesyuarat JBI itu, Mohamed Azmin memberitahu, sebanyak tiga kertas kerja dibentangkan MITI manakala kerajaan Pahang pula membentangkan lima kertas kerja.

“Antara kertas cadangan yang dibincangkan merangkumi Pembinaan Kuantan Aerocity di Gebeng, Kuantan; pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus dan Kelonggaran kepada Pelabur Industri Kertas yang komited,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya