Henti hasrat batalkan kelayakan empat ADUN Bersatu

Henti hasrat batalkan kelayakan empat ADUN Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang diminta menghentikan hasrat menyambung prosiding di mahkamah untuk membatalkan kelayakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang keluar  Pakatan Harapan (PH) dan menyertai Perikatan Nasional (PN).

Exco Armada Bersatu, Harris Idaham Rashid berkata, ini kerana pindaan Perlembagaan Persekutuan mendapati tindakan-tindakan empat ADUN Bersatu terbabit tidak sama sekali menjejaskan kelayakan mereka sebagai wakil rakyat.

”Memandangkan PH  khususnya DAP menyokong penuh pindaan tersebut di Dewan Rakyat, mereka perlu membuktikan komitmen dan melaksanakan pindaan yang sama di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

”Mereka juga disarankan tidak melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan pindaan tersebut demi menghormati persetujuan yang telah dicapai oleh kesemua 209 Ahli Parlimen yang mengundi pindaan tersebut termasuklah ahli Parlimen DAP sendiri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Empat ADUN berkenaan ialah Dr. Afif Bahardin (Seberang Jaya); Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh); Khaliq Mehtab Mohd. Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md. Lazim (Telok Bahang).

Keempat-empat ADUN itu sebelum ini memfailkan injunksi terhadap badan perundangan Pulau Pinang daripada meluluskan usul pengosongan kerusi masing-masing selepas mereka mengambil keputusan menyokong PN.

Pada Rabu lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan peruntukan di bawah Enakmen Antilompat Parti Pulau Pinang adalah sah dan berperlembagaan.

Mengulas lanjut, Harris Idaham yang juga Ketua Penerangan Armada Bersatu Pulau Pinang berkata, Pindaan Perlembagaan Persekutuan (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti telah diluluskan di Dewan Rakyat untuk memberi makna yang jelas berkenaan tindakan-tindakan yang boleh melucutkan seseorang itu daripada terus menjadi ahli Parlimen. 

”Bersatu menyokong penuh pindaan ini yang jelas menyatakan seseorang tidak gugur sebagai ahli Parlimen sekiranya dipecat oleh parti politik yang dianggotai. 

”Antara lain, seorang ahli Parlimen juga tidak gugur sebagai ahli Parlimen sekiranya parti politik yang dianggotainya membuat keputusan dasar untuk menukar penjajaran dan sokongan terhadap sesebuah gabungan,” katanya.

Tambahnya, kes yang melibatkan empat ADUN Pulau Pinang jatuh di bawah pengecualian pindaan Perlembagaan Persekutuan Artikel 49A. 

”Parti yang dianggotai oleh ADUN Bertam dan ADUN Telok  Bahang telah membuat keputusan dasar untuk menarik sokongan terhadap PH manakala ADUN Seberang Jaya dan ADUN Sungai Acheh telah dipecat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR),” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya