Helix2: Kediaman idaman anda di Petaling Jaya Selatan - Utusan Malaysia

Helix2: Kediaman idaman anda di Petaling Jaya Selatan

LAKARAN ruang dapur kontemporari untuk keselesaan penghuni.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sememangnya lokasi ideal untuk didiami, ia merupakan alamat idaman untuk kebanyakan orang.

Dengan lokasi strategik dan pelbagai kemudahan kelas pertama di sekeliling, memiliki kediaman di Petaling Jaya adalah pencapaian yang bermakna dalam hidup.

Disebabkan permintaan tinggi dan ruang yang semakin terhad, tidak ramai yang mampu menjadikan Petaling Jaya sebagai alamat mereka terutamanya pembeli rumah pertama.

Malah bukan semua pemaju memiliki keistimewaan untuk menawarkan kediaman di bandar raya – daerah termaju dengan populasi paling tinggi di Selangor.

HELIX 2 lokasi ideal untuk dijadikan alamat kediaman di Petaling Jaya Selatan.

Kini mereka yang bercita-cita untuk memiliki alamat di Petaling Jaya boleh merealisasikan impian mereka itu apabila Eupe Corporation Berhad (Eupe) memperkenalkan projek
terbaharu mereka – Helix2 – kediaman bertaraf resort yang terletak di Petaling Jaya Selatan.

Helix2 menawarkan kediaman dengan gaya resort terutama kepada pembeli muda yang mahukan alamat terbaik dengan harga yang berpatutan.

Terletak di Petaling Jaya Selatan, Helix2 diilhamkan daripada resort mewah dengan reka bentuk, kemudahan dan pengalaman gaya hidup yang cukup berbeza jika dibandingkan dengan kediaman-kediaman lain.

Kemudahan yang ditawarkan bukan sekadar memenuhi keperluan untuk memiliki kediaman, tetapi mampu meningkatkan prestij dan gaya hidup pemiliknya.

Ini selari dengan falsafah yang dipegang oleh Eupe, pemaju projek ini, iaitu ‘Membina Gaya Hidup, Membina Amanah’. Frasa Eupe ini bukan sekadar ayat untuk pemasaran, tetapi adalah bahagian penting dalam falsafah syarikat untuk menyediakan yang terbaik untuk pelanggannya.

Daripada segi lokasi tidak boleh dipertikaikan betapa strategik kedudukan projek pembangunan ini yang memiliki akses mudah ke empat lebuh raya utama termasuk akses terus ke New Pantai Expressway (NPE). Ia juga berhampiran Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Kesas.

Helix2 hanya terletak kira-kira enam minit pemanduan ke Bandar Sunway serta akses mudah ke pusat bandar raya Kuala Lumpur.

LAKARAN artis taman di awangan eksklusif untuk pemilik kediaman Helix2.

Kedudukannya yang strategik di pusat komersial Petaling Jaya Selatan menjadikan kediaman ini dikelilingi pelbagai kemudahan penting seperti pusat beli-belah, pusat perubatan, pusat pendidikan, pusat hiburan, taman rekreasi, daerah kewangan dan pengangkutan awam.

Pembangunan Helix2 juga mengutamakan kehidupan bermasyarakat di mana semua kemudahan direka dan disusun dengan teliti untuk menggalakkan interaksi sosial serta pertemuan secara kebetulan.

Pelbagai susun atur yang mewah dan berfungsi (menampilkan tingkap unjur dan halaman) dari 572 kaki persegi (2 Bilik Tidur) – 1,065 kaki persegi (3 + 1 Bilik Tidur) sesuai untuk individu bujang, pasangan, keluarga kecil atau besar.

Direka dan dibangunkan oleh Eupe, kualiti projek ini tidak perlu dipertikaikan kerana Eupe telah memenangi pelbagai anugerah dengan pelbagai rekod prestasi yang sinonim dengan kualiti dan reka bentuk yang menarik.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 017-275 7188. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN