Gelandangan parah digigit anjing - Utusan Malaysia

Gelandangan parah digigit anjing

KEADAAN seorang gelandangan di pekan Gemas, Tampin yang cedera di bahagian kaki akibat digigit anjing liar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang gelandangan cedera parah di bahagian kaki dipercayai digigit anjing liar dalam kejadian di pekan Gemas, di sini malam semalam.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, pihaknya menerima aduan daripada kakitangan Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) yang memaklumkan terdapat seorang lelaki yang digigit anjing.

Menurutnya, sepasukan anggota APM bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa dipercayai dalam keadaan mabuk serta terdapat kesan gigitan anjing di bahagian kaki.

“Anggota APM memberikan rawatan awal kepada mangsa dan kemudiannya menghantar mangsa ke Klinik Kesihatan Gemas bagi rawatan lanjut. Ini merupakan kali pertama kami menerima aduan membabitkan gelandangan cedera digigit anjing,” katanya hari ini.

Difahamkan, sejak kebelakangan ini terdapat banyak aduan daripada orang ramai yang memaklumkan dikejar dan nyaris digigit anjing liar di kawasan terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya