Food Delivery Blackout kurang sambutan di Shah Alam

Food Delivery Blackout kurang sambutan di Shah Alam

PEKERJA penghantar makanan sedang menunggu makanan yang dipesan pelanggan dekat sebuah pusat membeli-belah di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kempen Food Delivery Blackout di sekitar kawasan ini tidak mendapat sambutan apabila rata-rata penghantar makanan meneruskan kerja mereka kerana bimbang tidak mendapat sasaran pendapatan.

Tinjauan Utusan Malaysia dekat beberapa buah kedai makan termasuk sebuah pusat beli belah di bandar raya ini juga mendapati pekerja penghantar makanan tetap meneruskan kerja mereka walaupun tular mengenai pelaksanaan kempen tersebut hari ini.

Seorang pekerja, Farhan Nor Adam, 28 berkata dia perlu fokus kepada pekerjaannya itu berikutan mempunyai tanggungan dan komitmen yang perlu ditunaikan menyebabkannya tidak menghiraukan kempen Food Delivery Blackout itu.

“Saya perlu memastikan mendapat pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan bagi membayar dua komitmen berkenaan. Walaupun tidak menyertai boikot ini, saya tetap beri sokongan kepada penghantar makanan yang menyertainya. 

“Saya membantah kadar bayaran penghantaran (delivery fee) yang diberikan oleh syarikat, yang kerap kali tidak konsisten. Bayangkan, saya pernah dapat bayaran RM3.50 untuk satu penghantaran atas alasan rumah pelanggan dengan kedai makan jaraknya tidak sampai 1 kilometer (km),” katanya yang sudah tiga tahun berkecimpung dalam industri itu.

Sementara itu seorang lagi penghantar makanan, Iqbal Idris, 30, berkata, dia tidak menyertai boikot tersebut kerana harus bekerja untuk memastikan pendapatan hariannya sentiasa anda untuk keluarga.

“Kalau sertai boikot, pendapatan saya hilang minimum RM100 sehari dan siapa yang nak ganti rugi pendapatan ini.

“Baru sahaja dapat anak sulung dua bulan lalu, jadi saya perlu kerja keras untuk pastikan keluarga sentiasa ada wang untuk berbelanja,” jelasnya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN