Enggan lakukan seks, wanita buat laporan palsu dirogol - Utusan Malaysia

Enggan lakukan seks, wanita buat laporan palsu dirogol

SEKADAR GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang wanita sanggup membuat laporan palsu mendakwa dirogol sedangkan dia melakukan hubungan intim itu secara suka sama suka dengan seorang pemandu van kilang.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pekerja operator pengeluaran itu membuat laporan palsu kerana tidak mahu lagi meneruskan hubungan dengan lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, perkara sebenar hanya diketahui selepas pihak polis melakukan siasatan terhadap wanita berusia 23 tahun itu ekoran laporan yang dibuatnya.

“Malam kelmarin, seorang wanita hadir ke Balai Polis Larkin membuat laporan mendakwa dia dirogol pemandu van kilang berusia 21 tahun.

“Ekoran itu, wanita berkenaan dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan serta ke lokasi kejadian yang didakwa berlaku insiden rogol sebelum turut menyiasat lelaki yang didakwa terlibat.

“Lelaki berkenaan tidak mengaku dia merogol wanita tersebut, sebaliknya memberitahu mereka melakukan hubungan seks atas dasar suka sama suka, tanpa sebarang paksaan.

“Selepas didesak, akhirnya wanita itu mengaku laporan dibuat adalah palsu dan alasannya, lelaki itu mahu melakukan hubungan seks lagi, tetapi dia enggan. Jadi, dia ambil keputusan membuat laporan polis mendakwa dirogol,” katanya di sini hari ini.

Justeru, wanita tersebut ditahan pada pukul 4 petang semalam dan kes disiasat  mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu kepada polis.

“Wanita itu mendakwa dirogol pemandu van kilang berkenaan dalam sebuah van di kawasan gelap dekat Jalan Dewata, Larkin, pada 3 Ogos lalu.

“Hasil pemeriksaan di hospital pula mendapati terdapat kesan lama akibat hubungan seks pada kemaluan wanita, siasatan awal juga mendapati wanita itu mengaku selalu melakukan hubungan seks dengan beberapa lelaki lain,” katanya sambil mengingatkan orang ramai tidak membuat laporan palsu kerana akan dikena tindakan tegas kerana hanya mengganggu tugas polis. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya