Empat lagi Giant Mini bakal dibuka - Utusan Malaysia

Empat lagi Giant Mini bakal dibuka

Kakitangan Giant Malaysia bergambar semasa pelancaran kempen Sudah Makan? di Giant Hypermarket Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : DFI Retail Group akan membuka empat lagi pasaraya Giant Mini bulan depan dalam usaha meluaskan rangkaian perniagaannya di negara ini.

Pengarah Pemasaran (Makanan) Asia Tenggara DFI Retail Group, Lee Yik Hun berkata,  pembukaan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan perniagaan kedai runcit terbaharunya sebanyak 50 cawangan setakat ini.

Katanya, pihaknya kini sedang giat meluaskan perniagaan Giant Mini selepas menerima sambutan menggalakkan daripada masyarakat.

“Antara sebab utama kami membuka kedai berkonsepkan runcit seperti Giant Mini ini adalah untuk memberi kemudahan dari segi akses kepada masyarakat. Justeru, kami mahu membawa pengalaman mereka membeli belah di Giant kepada masyarakat berdekatan menerusi pembukaan kedai runcit sebegini.

“Malah, majoriti produk dan barangan yang dijual di Giant Mini adalah sama dari segi harga dengan yang dijual di pasar raya Giant. Ia menawarkan lebih 4,000 produk unit simpanan stok (SKU) bergantung kepada saiz kedai,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Dalam pada itu, Yik Hun berkata, Giant Malaysia menyasar untuk menyediakan 500,000 hidangan makanan menjelang akhir tahun depan dengan kerjasama The Lost Food Project (TLFP).

“Kita juga menyumbang 10 sen untuk pembelian setiap kilogram beras jenama Meadow kepada mereka yang memerlukan.

“Malah, kami akan mengembangkan program sumbangan makanan Giant bersama TLFP dengan menambah 12 pasar raya lagi  selaras usaha untuk mencapai matlamat membekalkan 500,000 hidangan makanan kepada mereka yang memerlukannya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya