Duta Malaysia diarah tahan pemimpin, pengikut Tarekat al-Naqsyabandiah al-Khalidiyyah di Arab Saudi

Duta Malaysia diarah tahan pemimpin, pengikut Tarekat al-Naqsyabandiah al-Khalidiyyah di Arab Saudi

IDRIS Ahmad (empat dari kiri) merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Perak di Bukit Merah Laketown Resort dekat Bagan Serai, Perak, hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Kerajaan mengarahkan Kedutaan Malaysia di Jeddah mengesan dan menahan pemimpin Tarekat al-Naqsyabandiah al-Khalidiyyah bersama pengikutnya yang kini dikatakan berada di Arab Saudi untuk diambil tindakan yang sewajarnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, kumpulan tarekat itu yang dipimpin Habib Shah Firdaus Habib Ahmad dikatakan menyeleweng daripada hukum syarak.

Katanya, ini termasuk mempercayai berlakunya kemunculan Imam Mahadi pada hari Arafah lalu.

“Setakat ini lokasi kumpulan tersebut di Arab Saudi belum dapat dikesan namun kita percaya dia masih berada di sana.

“Kita telah menghubungi pihak Konsulat Tabung Haji di sana untuk mengesan mereka dan kita harap mereka ini diambil tindakan oleh pihak berkuasa agama negara sana,” katanya selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Perak di Bukit Merah Laketown Resort, dekat sini hari ini.

Idris menasihatkan masyarakat supaya tidak mudah terpedaya dengan tarekat itu dan perlu mempunyai kesedaran agar tidak tertipu.

Katanya, ini kerana bukan semua tarekat yang dibawa betul dan boleh diikuti.

“Mana-mana individu yang berhasrat untuk mengikuti ajaran sesuatu tarekat, hendaklah menyelidikinya terlebih dahulu. Kita kena tengok dan kaji sama ada guru-guru itu mursyid atau tidak dan jangan terus terburu-buru untuk terus taksub dan percaya,” katanya. 

Sebelum ini,  Pusat Pengamalan Tarekat al-Naqsyabandiah al-Khalidiyyah yang berpusat di Kampung Jawa, Labu di Seremban, Negeri Sembilan ditutup enam bulan  agar siasatan lanjut dapat dilakukan.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad berkata,  ini kerana adalah kesalahan yang dibuat oleh individu yang memimpin tarekat tersebut, sama ada pengamal atau amalannya mengikut hukum syarak dan disiplin ilmu tarekat serta tasawuf atau tidak. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya