Dua maut terkena renjatan elektrik - Utusan Malaysia

Dua maut terkena renjatan elektrik

ANGGOTA Balai Bomba Tanjong Manis melakukan operasi pemadaman di lokasi kejadian akibat jengkaut yang dibawa tersangkut pada kabel elektrik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MANIS: Dua lelaki maut terkena renjatan elektrik apabila lori yang mereka naiki dan membawa jengkaut tersangkut pada kabel elektrik.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, kejadian iru berlaku di Jalan Kampung Semalau, Tanjung Manis pada jam 9.50 pagi ini di sini.

Katanya, kejadian itu turut menyebabkan lori berkenaan terbakar.

Jurucakap itu berkata Bilik Kawalan Balai Bomba and Penyelamat Tanjung Manis menerima panggilan terus ke balai Itu yang memaklumkan mengenai kejadian tersebut.

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis terus bergerak ke lokasi kejadian dan setibanya di tempat kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah lori yang membawa jengkaut yang tersangkut pada kabel elektrik.

“Dua lelaki ditemui tidak sedarkan diri, berkemungkinan terkena renjatan elektrik dan telah disahkan meninggal oleh pihak perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di tempat kejadian,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, setakat berita ini ditulis pihaknya masih belum mendapat maklumat mengenai dua mangsa yang maut itu.

Katanya, anggota Bomba membuat operasi pemadaman menggunakan satu aliran Salur Bantu Mula (Hose reel) dari jentera untuk mengawal dan memadam kebakaran tersebut.

Setelah selesai memeriksa lokasi kebakaran dan memastikan kebakaran padam sepenuhnya anggota seterusnya berangkat balik kebalai. Turut berada di tempat kejadian pasukan polis. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN