[DEWAN RAKYAT] Jumlah kanak-kanak 5 hingga 11 tahun terima vaksin masih rendah - Utusan Malaysia

[DEWAN RAKYAT] Jumlah kanak-kanak 5 hingga 11 tahun terima vaksin masih rendah

GELAGAT kanak-kanak ketika menerima suntikan vaksin Covid-19 semasa Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) bagi berumur lima hingga 12 tahun ketika tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada 4 Mac lalu. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sehingga semalam, angka mencatatkan seramai 1.76 juta atau 49.8 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sudah menerima vaksin Covid-19, sekurang-kurangnya satu dos.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, daripada jumlah itu, seramai 1.5 juta kanak-kanak atau 42.3 peratus lengkap menerima dua dos vaksin.

Tambahnya, peratusan tersebut dikatakan masih rendah berbanding jumlah kemudahan vaksin yang disediakan untuk kanak-kanak yang berkaitan.

“Sudah hampir enam bulan kita lancar program vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak. Apa yang saya lihat, kakitangan buat kerja bagus, sambutan dan kerjasama kerajaan negeri juga bagus, kerjasama klinik swasta juga menggalakkan. Tetapi, lengan sahaja tiada,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Wong Chen (PH-Subang), meminta kementerian menyatakan apakah usaha digerakkan untuk meningkatkan lagi kadar vaksinasi dalam kalangan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun memandangkan kadar semasa kanak-kanak yang lengkap divaksin adalah sangat rendah.

Bagi meneruskan usaha tersebut, jelas Noor Azmi, Kementerian Kesihatan akan meneruskan usaha penerangan supaya ibu bapa dapat menghantar anak mereka mendapatkan vaksin.

Jelasnya, terdapat 926 premis swasta yang menyediakan kemudahan pemberian vaksin dan 14 pusat pemberian vaksin secara ‘off-site‘.

Bagi kanak-kanak yang terlepas dos kedua vaksin pula, ibu bapa boleh menghubungi klinik kesihatan terdekat untuk membuat janji temu bagi melengkapkan vaksin anak mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN