Dakwaan PN hasrat tarik sokongan sekadar pandang peribadi

Dakwaan PN hasrat tarik sokongan sekadar pandang peribadi

DR. Ahmad Samsuri Mokhtar memasang Jalur Gemilang di sebuah kereta rasmi kerajaan negeri pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/ZAID MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menganggap dakwaan Perikatan Nasional (PN) berhasrat menarik sokongan dalam kerajaan sekadar pandangan peribadi pihak tertentu, selagi tiada kenyataan rasmi pucuk kepimpinan mengenai perkara tersebut.

Beliau berkata,  pada masa ini, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih lagi merupakan kerajaan yang sah.

Sehubungan itu, menurutnya, beliau tidak dapat mengulas terhadap sebarang dakwaan tersebut kerana berpegang kepada kenyataan rasmi daripada pemimpin PN.

“Tiada ulasan, bagi saya kalau ada kenyataan (menarik sokongan) bertulis dan sebagainya, boleh diterima, apa yang didengar itu pandangan pihak tertentu sahaja.

“Bagi saya kerajaan yang ada sekarang ini masih lagi kerajaan yang sah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Terengganu di sini, hari ini.

Dr. Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu dan Pengerusi PN negeri  menambah, kepimpinan PN masih mahu berjumpa dengan Ismail Sabri untuk memperincikan beberapa isu berbangkit sebelum ini.

“Saya rasa memerlukan satu ruang baharu untuk delegasi penuh (PN) bertemu dengan Perdana Menteri,” ujarnya.

Akhbar sebelum ini melaporkan Ismail Sabri berkata, kerajaan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya pilihan raya umum terpaksa diadakan dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, ia termasuk jika ada pihak mahu menarik sokongan kepada kerajaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN