Chiku, Lojing di Gua Musang perlu kemudahan balai bomba

Chiku, Lojing di Gua Musang perlu kemudahan balai bomba

ZAINAL Madasin (dua kanan) semasa merasmikan Perhimpunan Bulanan JBPM Kelantan di Ibu Pejabat Balai Bomba dan Penyelamat Tunjong, Kelantan, hari ini. - UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dua kawasan pedalaman di Gua Musang dekat sini iaitu Chiku dan Lojing memerlukan kemudahan balai bomba sebagai langkah untuk mempercepat tempoh bertindak semasa operasi menyelamat sekiranya berlaku kes kecemasan.

Pengarah  Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Kelantan, Zainal Madasin berkata, pembinaan balai itu dilihat mampu memastikan tempoh masa bertindak mengikut skala yang ditetapkan iaitu 10 minit. 

Katanya, penduduk di dua kawasan tersebut  ketika ini hanya bergantung kepada balai bomba Gua Musang dan Jeli yang mengambil masa kira-kira 20 minit untuk tiba sekiranya berlaku kecemasan atau bencana. 

“Jadi, pembinaan balai bomba di dua kawasan terbabit berupaya membantu mempercepat usaha pihak bomba untuk menyelamat ketika kecemasan termasuk semasa kebakaran, banjir dan kemalangan. 

“Pembinaan dua balai ini sangat diperlukan memandangkan kawasan Gua Musang juga madalah lokasi membangun selain terdapat pelbagai aktiviti dijalankan yang turut mengundang pelbagai risiko,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan JBPM Kelantan di Ibu Pejabat Balai Bomba dan Penyelamat Tunjong di sini hari ini. 

Zainal memberitahu, balai bomba Kuala Balah, Jeli yang sedang dibina ketika ini adalah salah satu usaha untuk memberi bantuan kecemasan dengan lebih efisien di kawasan pedalaman.

Katanya, pembinaan balai bomba kawasan itu diharap dapat menjimatkan masa apabila kedudukannya lebih dekat dengan kawasan penempatan penduduk berbanding balai bomba Jeli. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.