Beku ovum sebelum akad nikah haram - Mufti

Beku ovum sebelum akad nikah haram – Mufti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Hukum membeku atau mengeluarkan ovum sebelum akad nikah dan mensenyawakannya selepas berkahwin adalah haram. 

Itu penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi artikel Irshad Al-Fatwa Siri Ke-714 dikeluarkan semalam. 

Malah, PMWP berkata, membekukan ovum kerana lambat berkahwin dengan sangkaan tidak subur pada masa hadapan juga adalah alasan yang tidak boleh diterima syarak kerana ia bukan dalam lingkungan pengetahuan kita sebagai manusia. 

“Menjaga keturunan adalah melalui hubungan seksual yang halal dan setelah terlafaznya akad nikah. 

“Bahkan alasan lambat kahwin dengan menjangkakan pada masa hadapan yang bukan dalam kadar pengetahuan kita adalah alasan yang tidak boleh diterima oleh syarak,” katanya. 

Katanya, mengeluarkan air mani dengan sengaja adalah dilarang dan ditegah dalam Islam, malah Imam al-Nawawi mengatakan perbuatan itu adalah haram kerana ia membawa kepada putusnya keturunan sepertimana pengharaman liwat.

Oocyte cryopreservation adalah satu kaedah pembekuan dan penyimpanan telur (oosit, ovum, sel telur wanita) yang matang untuk kegunaan pada masa akan datang.

Telur atau oosit ini dikeluarkan daripada ovari dan disimpan di dalam cecair nitrogen (LN2) pada suhu yang rendah. 

Kebiasaanya pembekuan telur ini dilakukan oleh pesakit kanser yang sudah berkahwin sebelum menjalani rawatan kemoterapi atau radioterapi. 

Kemudian, oosit yang sama yang telah disimpan tadi digunakan untuk mendapatkan anak melalui Teknologi Bantuan Pembiakan atau Assisted Reproductive Technology (ART) dengan pasangannya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya