Anak-anak tak sunyi - Puteri Sarah

Anak-anak tak sunyi – Puteri Sarah

PUTERI SARAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Puteri Sarah Liyana berkata, dia ingin fokus membahagiakan anak-anak dan menolak jauh masalah rumah tangganya yang meruncing ketika ini.

Katanya, isu pergolakan rumah tangganya tidak sedikitpun mengganggu tumpua untuk membesarkan dua anaknya, Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 2.

“Saya tak terganggu langsung kerana Alhamdulillah keluarga mentua dan keluarga saya sendiri, mereka beri sokongan penuh.

“Anak-anak tak tahu menahu tentang apa yang berlaku dan gembira sebab saya kekalkan persekitaran positif untuk mereka. Saya hantar mereka ke sekolah, beri didikan agama dan bawa mereka bercuti untuk gembirakan mereka.

“Saya juga sudah mula bekerja. Kalau perlu ke luar negara seperti Singapura dan Brunei untuk berniaga, mereka tetap dijaga keluarga saya atau mentua. Jadi anak-anak tak sunyi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Masalah rumah tangga Puteri Sarah bergolak sejak empat tahun lalu gara-gara gangguan orang ketiga.

SYAMSUL YUSOF

Dalam masa sama, Puteri Sarah tampil menjelaskan, dia kini perlu kembali bekerja untuk memastikan keperluan anak-anak dapat diberikan secukupnya.

“Syamsul tidak abaikan nafkah untuk anak-anak. Perkara ini perlu saya nyatakan kerana ada yang mula mempersoal perkara itu sejak saya aktif bekerja semula.

“Saya tetap mahu bekerja untuk masa depan yang terjamin. Kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa akan datang,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya