PETALING JAYA: Aliran trafik di lebih sembilan laluan utama di Kuala Lumpur sangat perlahan, dipercayai berikutan hujan lebat yang melanda ibu negara serta beberapa kawasan, pagi ini.
Menurut Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di Jalang Klang Lama atau Jalan Syed Putra, aliran trafik sangat perlahan dari Sekolah Menengah Kuen Cheng ke Scott Garden dan dari Scott Garden ke Sekolah Menengah Kuen Cheng.
Di Jalan Genting Klang pula, aliran trafik sangat perlahan dari Balai Polis Setapak ke Bulatan Pahang.
“Di Jalan Istana, trafik sangat perlahan di kedua-dua arah dari Jalan Istana ke Muzium Negara dan trafik sangat perlahan dari Loke Yew (VIVA) ke Masjid Negara (Jalan Kinabalu).
“Di Jalan Kuching, trafik sangat perlahan dari Bulatan Batu Caves ke Bulatan Kepong dan trafik sangat perlahan dari Bulatan Segambut ke Bulatan Dato Onn di kedua-dua arah.
“Bagi Jalan Sg Besi, trafik sangat perlahan di kedua-dua arah dari Wisma Mah Sing ke TRX. Di Jalan Tun Razak pula, trafik sangat perlahan dari (Bangunan) RHB ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan trafik sangat perlahan dari Bulatan Pahang ke Institut Jantung Negara (IJN),” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Selain itu, Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat juga memaklumkan, aliran trafik juga sangat perlahan di beberapa laluan Kuala Lumpur-Seremban.
“Trafik sangat perlahan di kedua-dua arah dari Petronas atau Shell ke Plaza Tol Sungai Besi dan dari Plaza Perabot ke Tentera Udara Diraja Malaysia.
“Bagi Lebuhraya Mahameru, trafik sangat perlahan dari Muzium Negara ke susur Jalan Tuanku Abdul Halim dan susur Jalan Tuanku Abdul Halim ke Bulatan Pahang di kedua-dua arah.
“Di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) pula, trafik sangat perlahan dari Ukay Perdana ke Ampang dan dari Desa Tun Razak ke Bandar Tasik Selatan di kedua-dua arah,” jelasnya. – UTUSAN