4 lelaki warga asing ditahan disyaki terlibat kes bunuh

4 lelaki warga asing ditahan disyaki terlibat kes bunuh

POLIS menahan empat lelaki warga asing  kerana disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki yang juga warga asing di Bukit Gedung, Pulau Pinang  semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAYAN BARU: Polis menahan empat lelaki warga asing kerana disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki yang juga warga asing di Bukit Gedung, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, polis menerima maklumat berhubung satu pergaduhan membabitkan sekumpulan warga asing di kawasan itu pada pukul 11 malam semalam.

“Pihak polis terus ke lokasi kejadian dan mendapati terdapat seorang lelaki warga asing berusia 32 tahun dalam keadaan terbaring dengan kesan kecederaan tikaman di badan dan disahkan telah meninggal dunia.

“Susulan kejadian ini, polis menahan empat lelaki warga asing berusia 31 hingga 45 tahun di sekitar lokasi kejadian bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati motif kejadian disyaki akibat dendam dan siasatan lanjut masih dijalankan

“Kesemua warga asing yang ditahan ini bekerja kilang dan mereka direman selama tujuh hari sehingga 28 Ogos ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN