YBR laksana korban bantu insan memerlukan

YBR laksana korban bantu insan memerlukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyediakan peruntukan bagi pembelian 35 lembu dalam melaksanakan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha untuk diagihkan sekurang-kurangnya kepada 4,650 golongan asnaf dan kurang berkemampuan.

Program yang melibatkan sukarelawan terdiri daripada pelajar tajaan YBR dalam membantu komuniti setempat bagi menguruskan ibadah korban. 

Inisiatif itu bertujuan meningkatkan pengetahuan dan proses penyembelihan kepada masyarakat khususnya pelajar tajaan dan masyarakat mengenai sembelihan Islam.

Di salah satu lokasi penerima program bantuan korban ini di sekitar Kuala Pilah telah disertai oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datuk Adnan Abu Hassan.

Sementara itu, Adnan berkata, program ini diharapkan dapat membantu 400 penerima terutama yang berada dalam kalangan keluarga B40, asnaf, mereka yang uzur dan penduduk setempat yang terjejas di sekitar Kuala Pilah.

Katanya, pihaknya prihatin dengan situasi masyarakat yang terkesan akibat gelombang Covid-19 yang melanda sejak dua tahun ini dan juga melihat kepada keadaan ekonomi yang tidak menentu.

“Program sebegini diharapkan dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik melalui amal jariah dan secara tidak langsung meningkatkan ilmu serta kesedaran dalam membantu masyarakat,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, bantuan disalurkan melalui program sebegini bertepatan dengan semangat sambutan Hari Raya Aidiladha apabila umat Islam digalakkan bersedekah bagi insan memerlukan dalam membantu mereka memerlukan meneruskan kehidupan. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN