Waktu solat di Negeri Sembilan bertambah kepada tiga zon

Waktu solat di Negeri Sembilan bertambah kepada tiga zon

ZON waktu solat bagi seluruh Negeri Sembilan akan ditambah daripada dua zon kepada tiga zon berkuat kuasa esok.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Zon waktu solat bagi seluruh Negeri Sembilan akan ditambah daripada dua zon kepada tiga zon berkuat kuasa esok bersamaan 1 Muharam 1444H.

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, perkara tersebut selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin.

“Adalah dimaklumkan bahawa zon waktu solat bagi seluruh Negeri Sembilan akan ditambah daripada dua zon kepada tiga zon berkuat kuasa 30 Julai ini (esok) bersamaan 1 Muharam 1444H

“Pecahan zon waktu solat adalah seperti berikut, Zon 1 melibatkan daerah Jempol dan Tampin, Jelebu, Kuala Pilah dan Rembau (Zon 2) manakala Seremban dan Port Dickson (Zon 3),” kata kenyataan itu.

Selaras dengan perubahan tersebut, semua masjid dan surau di seluruh negeri ini hendaklah mengalunkan azan mengikut perubahan yang telah ditetapkan. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN