Waktu kerja empat hari tidak bernas

Cadangan kerja empat hari tidak bernas

kerja empat hari
KERATAN laporan Utusan Online.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cadangan pengurangan waktu bekerja kepada empat hari seminggu tidak bernas dilaksanakan pada masa ini kerana majoriti pekerja di sektor awam atau swasta belum berada di tahap kerja yang efisyen.

Presiden Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (Pengilang), Datuk Azman Yusoff berkata, kekurangan hari bekerja mampu meletakkan risiko kilang berdepan dengan kekurangan pendapatan atau lebih teruk terpaksa menutup perniagaan mereka.

“Malaysia adalah salah satu negara yang paling banyak cuti am, majikan sudah perlu mengimbangi produktiviti syarikat dengan hari-hari cuti ini.

“Pengurangan hari kerja mingguan boleh menambah beban terhadap majikan, lebih-lebih lagi sejak pandemik Covid-19, banyak kelonggaran diberikan seperti kerja dari rumah dan waktu kerja fleksibel ,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Baru-baru ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menubuhkan satu pasukan khas bagi mengkaji pelaksanaan waktu kerja empat hari seminggu daripada lima atau enam hari seminggu.

Sementara itu, menurut Azman, berdasarkan kaji selidik oleh Pengilang, didapati majoriti daripada ahli persatuan itu menolak idea pengurangan hari bekerja menjadi lebih singkat.

“Pengilang berharap kerajaan mengkaji secara teliti idea dan impak pengurangan hari bekerja ini secara terus kepada ekonomi Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN