PETALING JAYA: Kerajaan disaran tidak gopoh dalam memperkenal kad subsidi mahupun menambahkan pilihan pada aplikasi MySejahtera bagi pembelian barangan seperti minyak peket kepada isi rumah sepertimana dicadangkan segelintir pihak. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewangan Islam Global (Inceif), Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, kedua-dua mekanisme itu perlu diteliti secara mendalam dari segi kos dan faedah di samping tempoh penggunaannya sebelum ingin dilaksanakan. Menurut beliau,…