PONTIAN: Walaupun Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) belum membuat keputusan berkaitan permohonan pindaan perlembagaan parti dihantar pada 17 Mei lalu, namun UMNO tetap optimis akan ada ‘berita baik’ tentang perkara berkenaan. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ini kerana segala prosedur telah dipatuhi sepenuhnya dan pindaan perlembagaan dibuat dengan teratur dan tertib berdasarkan keputusan Perhimpunan Agung UMNO Khas. “Walaupun pihak RoS belum memberikan sebarang jawapan atau keputusan mengenai perkara…










