Tiada kenaikan cukai taksiran di Selangor - Utusan Malaysia

Tiada kenaikan cukai taksiran di Selangor

NG SZE HAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor tidak menaikkan cukai taksiran di negeri ini susulan ketidaktentuan ekonomi  dan  kenaikan harga barang yang membebankan rakyat.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam, Ng Sze Han berkata, perkara itu diputuskan menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 13 Julai lalu.

“Justeru, kita akan fokus untuk menggerakkan semula ekonomi melalui pelbagai program pembangunan sumber manusia.

 “Ia termasuk rangsangan bagi menarik masuk pelaburan ke Selangor supaya peluang pekerjaan terus meningkat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Rancangan Selangor Pertama (RS-1) turut dirangka untuk memacu pertumbuhan ekonomi demi merealisasikan kehidupan rakyat lebih mampan dan lestari.

Selain itu, kata beliau, inisiatif seperti Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)  sedang dilaksanakan untuk membantu 30,000 keluarga B40 melibatkan peruntukan berjumlah RM108 juta.

“Sebarang keputusan menguatkuasakan semakan nilaian baharu cukai taksiran oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengambil kira keadaan hidup dan kesejahteraan rakyat.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya