Kelantan tambah RM5 juta untuk selesaikan masalah air

Kelantan tambah RM5 juta untuk selesaikan masalah air

kelantan
SEORANG penduduk menunjukkan tangki yang kosong kerana terputus bekalan air di Gua Musang, Kelantan. – UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menambah peruntukan sebanyak RM5 juta lagi untuk menyelesaikan masalah bekalan air di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, peruntukan itu merupakan salah satu usaha menyelesaikan masalah air dalam tempoh jangka pendek.

Menurutnya, tindakan segera yang perlu diambil adalah dengan membina telaga tiub atau langkah-langkah bersesuaian bagi menangani masalah tersebut.

“Bagi langkah jangka panjang, kit terpaksa menukar paip dan sebagainya,” katanya semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pekan itu memberitahu, peruntukan tambahan itu melibatkan Belanjawan 2022.

Katanya, selain itu kerajaan negeri menambah peruntukan berjumlah RM6 juta di bawah Belanjawan 2022 bagi membantu menangani masalah rakyat yang terkesan akibat Covid-19.

“Walaupun peruntukan ini tidak dapat membantu secara menyeluruh, namun fokus utama adalah mereka yang berkait secara langsung dengan sekuriti makanan.

“Kerajaan bersetuju memberi bantuan untuk nelayan pantai, sungai dan darat sebanyak RM1.5 juta,” katanya.

Ahmad berkata, bantuan untuk peniaga kecil selain industri kecil dan sederhana (IKS) sebanyak RM4.5 juta turut memberi peluang kepada mereka memperoleh modal atau peralatan bagi menambah produk perniagaan masing-masing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN