Seorang lagi gelandangan didakwa mirip Zalina

Seorang lagi gelandangan didakwa mirip Zalina

KERATAN laporan Utusan Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis terpaksa membawa seorang wanita dipercayai gelandangan ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk pemeriksaan identitinya selepas didakwa mirip dengan bekas personaliti TV3, Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November lalu.

Wanita berkenaan ditemukan dekat sebuah hotel di Sentul, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, polis mengesahkan wanita yang tidak memiliki sebarang identiti itu bukan Zalina Shaharah Azman, 58, selepas pengesahan identiti dibuat.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, maklumat tentang penemuan wanita tersebut dilaporkan orang awam yang menjumpainya di Jalan Haji Salleh, kira-kira pukul 6 petang kelmarin.

“Pegawai dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam membawa wanita berkenaan ke JPN di UTC Shah Alam dan hasil semakan identiti melalui cap jari mendapati wanita tersebut bukanlah Orang Hilang (OH) yang dicari.

“Pengecaman oleh ahli keluarga juga mendapati keputusan negatif,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Iqbal dilapor memaklumkan graduan sarjana kewartawanan sebuah universiti di London itu mungkin hilang lebih awal berbanding 29 November tahun lalu.

Jangkaan tersebut adalah berdasarkan kali terakhir panggilan keluar masuk menerusi telefon bimbitnya yang dikenal pasti dimatikan pada 20 November.

Polis mengalu-alukan bantuan orang ramai untuk mencari Zalina dan sebarang maklumat lanjut berkaitan kes itu boleh disalurkan kepada Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Sabturia di talian 016-3375269. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya