BACHOK: Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mahu pucuk pimpinan tertinggi parti memberi ruang yang lebih besar kepada golongan muda untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, langkah itu dilihat tepat pada masanya susulan kerajaan membenarkan anak muda berusia 18 tahun untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pemilih pada PRU15. “Kebanyakan pengundi muda tidak menilai calon daripada parti mana.…










