Polis mohon bantuan kesan wanita hilang - Utusan Malaysia

Polis mohon bantuan kesan wanita hilang

NORSHAHIRA RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang wanita berusia 20 tahun yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.

Wanita dikenali Norshahira Razali beralamat di Taman Lintang, Sungai Siput itu kali terakhir dilihat selepas dihantar bekerja oleh bapanya di sebuah kilang di Kanthan.

Nor Shahira yang bekerja sebagai operator pengeluaran itu bagaimanapun tidak muncul-muncul ketika dijemput bapanya sekitar pukul 7 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh (Operasi), Superintenden Lee Swee Sake berkata, satu laporan polis dibuat bapa wanita itu keesokan hari di Balai Polis Kanthan Baru.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi wanita itu berada boleh menghubungi Penolong Ketua Polis Balai Kanthan Baru, Sarjan Mohd. Nazari Abdul Rahman di talian 05-2012422.

“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN