Polis kenal pasti pemandu trak pikap tular kes langgar lari

Polis kenal pasti pemandu trak pikap tular kes langgar lari

RAKAMAN yang tular kejadian pemandu trap pikap melarikan diri selepas melanggar sebuah kereta Perodua Axia di Kilometer 17, Jalan Keramat Pulai, Ipoh. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis mengenal pasti identiti pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang ‘melarikan diri’ selepas melanggar sebuah kereta di Kilometer 17 Jalan Keramat Pulai di sini, kelmarin.

Rakaman video berdurasi 27 saat yang tular dalam laman sosial itu memaparkan trap pikap berkenaan masuk ke laluan bertentangan dan merempuh kereta jenis Perodua Axia.

Pelanggaran itu menyebabkan kereta tersebut terbabas dan masuk ke dalam longkang di kiri jalan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, lelaki berusia 51 tahun beralamat di Temerloh, Pahang itu dinasihatkan segera membuat laporan polis.

Katanya, lelaki yang dikatakan mempunyai penyakit jantung itu mendakwa dalam keadaan trauma dan akan membuat laporan polis selepas keadaan kesihatannya stabil.

“Setakat ini, polis hanya menerima laporan berkaitan kemalangan yang dibuat pemandu Perodua Viva. Kita nasihatkan pemandu trak pikap itu tampil membuat laporan. Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tidak cermat sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Menurut Yahaya, kejadian itu dipercayai berlaku ketika trak pikap dipandu suspek yang datang dari arah Cameron Highlands masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta dipandu lelaki berusia 29 tahun.

Katanya, pelanggaran itu menyebabkan kereta dinaiki tiga beranak termasuk bayi lelaki berusia enam bulan menggelongsur ke belakang dan masuk ke dalam longkang yang berada di kiri jalan.

“Ketiga-tiga mangsa mengalami luka di kepala, tangan, bahu dan pinggang. Mereka menerima rawatan pesakit luar di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan telah dibenarkan pulang,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.