Penyamun maut terkena sabit sendiri

Penyamun maut terkena sabit sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan seorang lelaki warga asing menggunakan sabit untuk menyamun memakan diri apabila dia ditemukan maut dalam kejadian di sebuah premis di Taman Perindustrian Kepong dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, turut disahkan meninggal dunia adalah seorang lagi lelaki warganegara sama selepas cedera ketika diserang suspek.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed berkata, kejadian berlaku ketika suspek mendatangi mangsa yang berada di sebuah premis.

Kata beliau, suspek berusia 50 tahun itu pada mulanya berbual dengan mangsa, namun tiba-tiba suspek terus menyerang dan menetak mangsa menggunakan sabit panjang.

“Mangsa kemudian mengambil kerusi plastik untuk mempertahankan diri, namun dalam masa yang sama senjata yang digunakan telah terkena pada bahagian paha kiri lelaki yang menyerangnya.

“Suspek berlari ke arah luar premis dan terus rebah di atas jalan pada jarak lebih kurang 36 meter dari lokasi kejadian sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Zainal, dalam pada masa sama, mangsa yang berusia 48 tahun yang turut mengalami kecederaan parah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

“Dia kemudiannya turut disahkan meninggal dunia. Sehubungan itu, siasatan dilakukan dan dilakukan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Tambah Zainal, kes dianggap selesai memandangkan mangsa dan suspek yang terlibat dalam kejadian ini telah meninggal dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya