Pendakwaan akan buktikan Shahrir terima RM1j daripada Najib

Pendakwaan akan buktikan Shahrir terima RM1j daripada Najib, terlibat aktiviti haram

SHAHRIR AB. SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Ab. Samad telah menerima wang RM1 juta daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. ‘Afif Ali ketika membaca ucapan pembukaan kes turut menyatakan, pihak pendakwaan juga akan membuktikan bahawa Shahrir telah terlibat secara langsung dengan kegiatan pengubahan wang haram apabila menerima wang tersebut.

“Pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan lisan bahawa tertuduh telah memeperolehi RM1 juta melalui sekeping cek yang dimasukkan ke dalam akaun Public Bank milik tertuduh diterima daripada Datuk Seri Najib.

“Terdapat juga keterangan bahawa tertuduh tidak melaporkan pendapatan sebenar tersebut di dalam borang cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi tahun taksiran 2013 dan ini telah membuktikan tertuduh telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi menyebabkan hasil dariapda satu kegiatan aktiviti haram,”katanya.

Pendakwa Raya itu berhujah demikian pada hari pertama perbicaraan kes Shahrir yang juga bekas Ahli PArlimen Johor Bahru didakwa tidak mengisytiharkan pendapatan yang diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 November 2013.

Cek itu kemudiannya dimasukkan ke dalam akaun Public Islamic Bank milik tertuduh pada 28 November 2013.

Beliau didakwa melakukan perbuatan tersebut pada 24 April 2014 di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 April, 2014.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Selain Mohd. ‘Afif, pendakwaan juga diwakili Timbalan-timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Azmi dan Natrah Fareha Rahmat.

Shahrir diwakili peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, Datuk Syed Faisal Al-Edross, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, Shahrul Syazwan Salehin dan Shazreen Mohd. Hatta.

Pada ketika ini, perbicaraan diteruskan dengan saksi pertama pendakwaan, Rosli Mat Jinun yang merupakan Penolong Pegawai Tadbir Kanan Parlimen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya