RM2.9 bilion nilai kerugian akibat penipuan dalam talian

RM2.9 bilion nilai kerugian akibat penipuan dalam talian

penipuan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lebih RM2.9 bilion nilai kerugian atau 89,798 kes berhubung jenayah penipuan atas talian direkodkan bagi tahun 2017 hingga Jun tahun ini. 

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said berkata, kes penipuan itu dikategorikan seperti Macau Scam, Love Scam, African Scam, Tipu Pinjaman Tidak Wujud, Tipu SMS dan Belian Online menyaksikan kes itu adalah paling tinggi sebanyak 32,791 kes. 

Bagaimanapun, beliau berkata, seramai 42,884 tangkapan dibuat sejak 2017 hingga setakat Jun tahun ini dan 25,891 pertuduhan dilaksanakan. 

“PDRM mewujudkan platform akaun Facebook Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police bagi berkongsi maklumat dan memberi amaran kepada orang ramai mengenai ancaman penipuan atas talian ini. 

“PDRM juga membangunkan satu portal untuk memudahkan masyarakat membuat semakan nombor telefon sindiket atau akaun-akaun bank yang digunakan oleh sindiket dalam urusan pindahan wang mangsa ke akaun sindiket,” katanya sewaktu pertanyaan-pertanyaan lisan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau berkata demikian menjawab soalan daripada Datuk Zakaria Mohd. Edris (PN-Libaran) mengenai pendekatan diambil kerajaan dalam membanteras jenayah komersial membabitkan penipuan dalam talian. 

Mengulas lanjut, Ismail berkata, cabaran utama bagi agensi penguatkuasa menangani masalah itu dari segi peruntukan kewangan kerana teknologi bagi mengesan penjayah siber memerlukan peruntukan besar untuk mendapatkan bukti kukuh semasa siasatan dan membantu pihak pendakwaan. 

“Faktor pembinaan keupayaan modal insan dan kepakaran juga amat penting. Cabaran mendapatkan latihan dan kursus berterusan bagi pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) juga perlu diatasi,” katanya. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya