Parang sembelih sumber pendapatan sampingan

Parang sembelih sumber pendapatan sampingan

ABD. Gahaffar Awang menunjukkan pisau dan kapak yang digunakan untuk melapah daging yang dijualnya di Jalan Penghulu Tandang, Kampung Pulai Sebatang, Pontian, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Bermula sebagai hobi dengan membeli pisau dan parang untuk melapah daging secara dalam talian dari Perak ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kini seorang bekas pekerja kilang menjadikan jualan peralatan itu sebagai sumber pendapatan sampingan.

Abd. Gahaffar Awang, 55, berkata, pada mulanya dia membeli pisau tersebut pada harga RM500 dan kemudian mempromosinya menerusi media sosial sebelum ada pihak yang berminat membelinya selepas tiga bulan kemudian.

Katanya, memandangkan terdapat sambutan menggalakkan daripada pembeli selepas itu, dia bertekad menambah jumlah pisau yang dijual menggunakan keuntungan daripada hasil jualan terdahulu.

Mengakui kian ‘jatuh cinta’ dengan hobi tersebut, dia kadangkala hanya membeli bilah pisau tanpa sarung yang kemudiannya ditempah daripada pembuat di Ulu Tiram, Johor Bahru berdasarkan kepada reka bentuk dan lain-lain.

“Selepas berhenti kerja dari sebuah kilang di Senai pada 2006, saya melakukan pelbagai pekerjaan bagi mencari pendapatan sebelum menyertai pasukan motivasi pada 2010.

“Tetapi malang apabila PKP dilaksanakan pada 2019, tiada sebarang program dapat dilakukan yang menyebabkan saya terpaksa mencari peluang-peluang pekerjaan lain,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Jalan Penghulu Tandang, Kampung Pulai Sebatang, di sini, baru-baru ini.

Katanya, selain pisau melapah, dia membeli beberapa peralatan lain seperti parang untuk tujuan penyembelihan dan kapak yang digunakan bagi menakek tulang.

“Peralatan ini saya dapati daripada pembuat di pelbagai negeri seperti Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah dan Johor dengan pembelian secara dalam talian,” ujar anak kelahiran Melaka ini.

Dia menjual semula peralatan tersebut menerusi media sosial, iaitu Facebook Parang Borneo dan Parang Nusantara serta mampu menjual antara lima hingga enam jenis setiap bulan.

“Daripada enam bilah pada awalnya, kini saya mempunyai kira-kira 200 pelbagai jenis peralatan seperti pisau dan kapak yang dijual pada harga antara RM100 hingga RM800 sebilah,” katanya bekas pelajar Institut Pertanian Serdang (IPS) Selangor itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya