Najib saran FGV mula turunkan harga minyak masak botol

Najib saran FGV mula turunkan harga minyak masak botol

Harga minyak masak 5 kilogram (kg) ketika ini setelah penurunan mendadak harga minyak sawit sepatutnya sudah jatuh ke sekitar RM30 bagi 5 kg.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan FGV Holdings Berhad (FGV) memulakan langkah menurunkan kadar harga minyak masak yang tidak bersubsidi. 

Beliau berkata, langkah itu perlu diambil kerana ia membolehkan pengeluar dan pembekal minyak masak yang lain terpaksa ikut.

“Harga minyak sawit sudah turun sejak awal bulan Jun ke paras awal tahun 2021 susulan usaha negara jiran Indonesia untuk menghabiskan stok bekalan yang melimpah. Jatuh separuh sejak awal bulan Jun. Ini dah masuk akhir bulan Julai, namun harga minyak masak berbotol belum turun.

“Harga minyak masak 5 kilogram (kg) ketika ini setelah penurunan mendadak harga minyak sawit sepatutnya sudah jatuh ke sekitar RM30 bagi 5 kg, tetapi masih dijual pada harga melebihi RM40. Tak akan stok lama yang dibeli pada tempoh harga minyak sawit cecah RM7,000 masih belum habis setelah dua bulan berlalu?

“FGV di bawah kawalan kerajaan yang memiliki jenama Saji boleh mulakan proses penurunan harga minyak masak berbotol. Jika Saji turunkan harga, yang lain akan terpaksa ikut,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan, minyak masak dalam botol didapati masih dijual pada harga yang tinggi walaupun harga minyak sawit mentah (CPO) telah turun ke paras sekitar RM3,800. 

Tinjauan di beberapa lokasi di Lembah Klang mendapati, masih ada peniaga yang menjual minyak masak dalam botol lima kilogram pada harga RM42.90 sedangkan kerajaan sudah meng­arahkan harganya diturunkan.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) digesa untuk memulakan siasatan sekiranya pengeluar minyak masak itu masih berdegil untuk menurunkan kadar harga bekalan itu. 

“MyCC yang ditubuh kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu masa saya Perdana Menteri boleh mula siasat sekiranya wujudnya usaha pakatan harga (price collusion) antara pengeluar minyak masak.

“Penetapan harga (price fixing) dan price collusion adalah satu kesalahan di bawah Akta Persaingan 2010,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya