MPJ tawar RM3 untuk seekor tikus - Utusan Malaysia

MPJ tawar RM3 untuk seekor tikus

MPJ menawarkan bayaran RM3 bagi setiap ekor tikus yang ditangkap dan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menawarkan ganjaran RM3 seekor kepada penduduk di daerah ini yang berjaya menangkap tikus sama ada hidup atau mati.

Yang Dipertuanya, Datin Sapiah Haron berkata, ganjaran itu diberikan bagi menarik minat masyarakat untuk menjayakan Kempen Membasmi Tikus yang bermula esok sehingga 17 Ogos depan.

Menurutnya, orang ramai boleh menuntut ganjaran dengan membawa tikus yang ditangkap ke Pejabat MPJ setiap hari, kecuali Sabtu dan Ahad dari pukul 9 pagi hingga 4 petang.

Beliau berkata, lokasi lain untuk penghantaran tikus boleh juga dibuat di Pasar Awam Merlimau, hanya pada 21 Julai dan 4 Ogos.

“Orang ramai boleh menghantar seberapa banyak tikus yang ditangkap dan setiap seekor ganjarannya ialah RM3. Kita tidak hadkan jumlah tikus, lagi banyak tikus dibawa sudah pasti ganjaran besar boleh mereka peroleh. Usaha ini adalah langkah terbaik bagi menggalakkan orang ramai membantu MPJ membasmi haiwan perosak itu, sama ada di rumah atau premis restoran,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sapiah berkata, kempen berkenaan dapat membantu penduduk dan pemilik kedai memastikan premis mereka berada dalam keadaan paling bersih.

“Kempen ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk yang menghubungi MPJ dan kakitangan saya maklumkan, mereka bertanyakan lokasi untuk menghantar dan menuntut ganjaran RM3 itu. Segala usaha itu tidak akan berkesan jika orang ramai dan kawasan komersial termasuk premis makanan masih dalam keadaan kotor,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya