PETALING JAYA: Penguasaan DAP di Pulau Pinang perlu ditamatkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) susulan pembangunan yang tidak seimbang sepanjang tiga penggal parti itu memerintah. Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, misi itu tidak mustahil untuk direalisasikan jika rakyat pelbagai bangsa menolak sikap ekstrim DAP. Katanya, jika DAP terus menerajui Pulau Pinang selepas PRU15, maka akan muncul sebuah negeri di Malaysia yang membangun tanpa acuan…










