Malaysia, Arab Saudi setuju kerjasama soal keterjaminan makanan - PM

Malaysia, Arab Saudi setuju kerjasama soal keterjaminan makanan – PM

ISMAIL Sabri Yaakob berjabat tangan dengan Abdulrahman Abdulmohsen A. Al Fadley sempena kunjungan hormat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia dan Arab Saudi bersetuju  bekerjasama dalam kerangka kerja keterjaminan makanan dengan menubuhkan satu Jawatankuasa Bersama bagi melihat serta merangka dasar isu tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerjasama itu dilihat mampu menangani isu keterjaminan makanan ketika menerima kunjungan hormat Menteri Pertanian Arab Saudi, Abdulrahman Abdulmohsen A. Al Fadley hari ini.

“Malaysia dan Arab Saudi mempunyai hubungan istimewa yang terjalin sekian lama, bukan sahaja dalam konteks hubungan antara rakyat kedua-dua negara tetapi merangkumi hubungan ekonomi yang luas.

“Saya dan Al Fadley melihat banyak potensi kerjasama dalam bidang pertanian dan industri makanan yang boleh diterokai bersama,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, Al Fadley turut menyentuh tentang prospek ‘pelaburan berbalik’ yang boleh diterokai oleh Malaysia dalam mengatasi isu keterjaminan makanan yang kini dihadapi oleh seluruh dunia.

Katanya, Kerajaan Arab Saudi menggunakan konsep yang sama dengan negara lain seperti Amerika Syarikat, negara-negara di Selatan Amerika, Ukraine dan Australia.

“Saya mengalu-alu cadangan Al Fadley untuk bekerjasama dalam kerangka keselamatan makanan memandangkan Malaysia mempunyai potensi yang besar dalam pertanian termasuk mempunyai banyak tanah yang boleh diusahakan.

“Al Fadley merasakan kerjasama ini akan memberi manfaat yang meluas kepada kedua-dua negara, malah kepemimpinan Arab Saudi bersedia memberi sokongan terhadap inisiatif keselamatan makanan antara kedua-dua negara,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN