Lupuskan sepenuhnya cukai hiburan – Norman

Lupuskan sepenuhnya cukai hiburan – Norman

“Penerbit atau pelabur menanggung terlalu banyak potongan cukai sehingga membebankan." - Norman Abdul Halim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Ekse­kutif KRU Entertainment, Datuk Norman Abdul Halim me­nyarankan kepada kerajaan agar melupuskan sepenuhnya cukai hiburan di negara ini.

Katanya, tindakan tersebut akan memberi kesan positif ter­hadap pembangunan industri hiburan dan ekonomi negara secara keseluruhannya.

“Perkara ini sudah diperju­angkan sejak dulu. Sebaik­nya kalau boleh tak ada duit hi­buran. Dan pemansuhan ini, se­bolehnya dilakukan juga oleh ke­rajaan negeri.

“Penerbit atau pelabur menanggung terlalu banyak potongan cukai sehingga membebankan. Kita boleh contohi negeri Sabah, yang mengecualikan potongan cukai (hiburan).

“Tindakan ini secara tak langsung akan menjana ekonomi yang lebih baik dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Norman mengulas tentang saranan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin agar cukai hiburan sebanyak 25 pe­ratus dikurangkan.

Dalam pada itu, penerbit dan pemilik syarikat produksi Pencil Pictures & Records Sdn. Bhd. menyambut baik saranan Zahidi berkenaan pengurangan cukai itu.

Katanya, cukai yang terlalu tinggi hanya akan menakut-nakutkan penerbit untuk menghasilkan filem dan drama berkualiti.

“Malaysia kenakan cukai hi­buran yang terlalu tinggi. Lebih tinggi berbanding negara lain.

“Dahulu, potongan (cukai) 25 peratus itu dipulangkan semula kepada penerbit. Kaedah itu membantu penerbit untuk menghasilkan lebih lebih ba­nyak filem yang berkualiti dan menarik.

“Sekarang tak ada. Ditambah lagi dengan potongan cukai lain yang juga terlalu tinggi. Jadi saya amat menyokong dan mengharapkan kerajaan mengkaji semula pemotongan cukai ini untuk membantu penerbit filem menghasilkan lebih ba­nyak karya berkualiti di masa akan datang,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×