Lukisan pelajar hiasi buku Laporan Tahunan SPRM

Lukisan pelajar hiasi buku Laporan Tahunan SPRM

Ahmad Khusairi Yahaya bergambar bersama pegawai kanan SPRM lain, LPPR dan pelajar pada majlis penyerahan buku Laporan Tahunan SPRM 2021 kepada panel LPPR di Putrajaya semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lukisan tujuh sekolah menengah yang meluahkan ekspresi kebencian rasuah terpilih menghiasi muka hadapan Buku Laporan Tahun­an Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2021.

Kesemua lukisan itu dihasilkan melalui pertandingan melukis poster yang dianjurkan melalui e-Program Wira Anti Rasuah (WAR) Sekolah Mene­ngah SPRM dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Pe­ringkat Kebangsaan Tahun 2020.

Pemilihan semua poster tersebut bertujuan menyampaikan mesej bahawa setiap lukisan adalah ekspresi kebencian pelajar terhadap perbuatan rasuah.

Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Hua Lian, Taiping, Ng Si Ying berkata, dia mendapat ilham menghasilkan lukisan tersebut menerusi pembacaan di laman web selain merujuk kepada portal SPRM.

Katanya, dia dimaklumkan mengenai pertandingan itu oleh guru sekolah dan mengambil masa kira-kira tiga minggu untuk menyiapkan lukisan menggunakan cat air dan pensel warna.

“Lukisan saya menggunakan tangan sebagai simbolik menolak rasuah dan logo SPRM sebagai satu agensi penguat kuasa membanteras serta ingin menyampaikan mesej kepada pemimpin negara bahawa kami mahukan sebuah negara yang bebas rasuah,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan buku Laporan Tahunan SPRM 2021 kepada panel Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) di sini semalam.

Pada majlis itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya menyerahkan buku Laporan Tahunan SPRM 2021 kepada Pengerusi LPPR, Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Ahmad Khusairi dalam ucapannya berkata, buku Laporan Tahunan SPRM 2021 itu diterbitkan selaras dengan peruntukan Seksyen 11 (2) Akta SPRM 2009.

Katanya, buku ini mengandungi laporan komprehensif aktiviti SPRM sepanjang tahun 2021 berkaitan penguatkuasaan, pencegahan dan pendidikan dalam usaha SPRM memerangi jenayah rasuah.
Katanya, buku Laporan Tahunan SPRM 2021 itu boleh didapati di portal SPRM dengan melayari laman web www.sprm.gov.my.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya