Lelaki terima upah RM1,000 bawa ketum diberkas - Utusan Malaysia

Lelaki terima upah RM1,000 bawa ketum diberkas

MUHAMAD Zaki Harun (tiga dari kiri) menunjukkan daun ketum yang dirampas semasa sidang media di IPK Kelantan hari ini. -UTUSAN/ROHANA MAT NAWI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pemandu lori tidak sempat menikmati upah membawa 2.2 tan metrik daun ketum sebanyak RM1,000 selepas ditahan polis semasa melalui sekatan jalan raya (SJR) di Batu 6, Jalan Raya Timur-Barat dekat Batu Melintang Jeli, di sini, semalam.

Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan pada pukul 10 pagi semasa dalam perjalanan dari Baling, Kedah ke negeri ini.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas lori terbabit, pihaknya menjumpai bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum.

Menurutnya, bungkusan daun ketum itu ditutup menggunakan kanvas dan kotak-kotak gandum bagi mengaburi mata pihak berkuasa untuk ditahan bagi tujuan pemeriksaan.

“Siasatan awal mendapati ini merupakan kali kedua suspek mengambil upah membawa daun ketum ke negeri ini, tetapi kali ini, gagal.

“Hasil semakan yang dibuat mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau dan negatif dadah hasil ujian saringan air kencing,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Muhamad Zaki memberitahu, Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) telah merampas 900,000 batang rokok putih selepas menahan sebuah kereta di Pasir Pekan, Tumpat.

Katanya, pemeriksaan ke atas kereta jenis Perodua Kenari itu membawa kepada penemuan rokok termasuk cukai berjumlah RM688,050. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya