Lelaki OKU ditemukan mati tergantung

Lelaki OKU ditemukan mati tergantung

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU:  Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang buta sebelah matanya ditemukan dalam keadaan tergantung di ruang tamu rumahnya di Kampung Biluk, Banggu di sini semalam.

Mayat mangsa yang berusia 33 tahun dijumpai kira-kira pukul 9 malam dan tindakan itu dipercayai terjadi selepas berlaku perselisihan faham dengan isterinya pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat daripada sistem talian kecemasan negara yang memaklumkan terdapat seorang lelaki menggantung diri.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati, tiada sebarang kecederaan atau kesan pergelutan pada tubuh badan mangsa.

“Pemeriksaan di sekitar kawasan rumahnya juga tidak menjumpai sebarang perkara yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.

“Siasatan lanjut mendapati, berlaku perselisihan faham antara lelaki itu dan isterinya pada Ahad lalu. Keadaan itu menyebabkan isterinya keluar dari rumah mereka dan tinggal bersama nenek di Kampung Pengkalan Datu, Sering di sini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, isteri mangsa mengetahui kejadian tersebut selepas dihubungi oleh salah seorang rakan suaminya sebelum bergegas pulang kerumah.

Katanya, sejurus tiba di rumah dia mendapati suaminya sudah tergantung pada kipas siling di ruang tamu.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk dibedah siasat  dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya